<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d857254425933935872\x26blogName\x3dKelas+Bahasa+Melayu+2M1-2009\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://kelasbahasamelayu2m1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://kelasbahasamelayu2m1.blogspot.com/\x26vt\x3d6148380371085688153', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Photobucket
♥ cHeguAisaH


Saya adalah Guru Bahasa Melayu bagi kumpulan ini untuk tahun ini.

Saya amat berbangga diberikan peluang untuk membimbing dan membawa murid-murid kumpulan ini ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan adanya ruangan ini, saya harap dapat merapatkan ibu bapa dengan pihak sekolah. Ibu bapa akan lebih arif tentang pembelajaran anak-anak di dalam kelas ini.



♥ yoK lungSur

♥ psst!!psst!!






♥ coRetaN kaMi!!

♥ muZiK!!


♥ Rabu, Mac 04, 2009


Satu lagi tradisi kaum Melayu yang telah didedahkan kepada murid-murid ialah wayang kulit. Murid-murid telah diajar tentang asal usul wayang kulit, bagaimana wayang kulit dibuat, dan cara wayang kulit dimainkan. Murid-murid juga berpeluang menyaksikan sebuah video klip persembahan wayang kulit. Dan murid-murid telah menghasilkan wayang kulit mereka sendiri!


SeRoNoK@2M1!

dikemaskini oleh cikgu aisah pada 6:41 PG

♥ Selasa, Mac 03, 2009

Fakta baru yang dipelajari oleh murid-murid tentang kaum Cina adalah kepercayaan mereka terhadap naga. Murid-murid telah mempelajari yang kaum Cina sangat mengagungkan naga malah mereka percayakan yang mereka adalah keturunan naga. Dan di sini, murid-murid telah mereka naga mereka sendiri!


SeRoNoK@2M1!

dikemaskini oleh cikgu aisah pada 7:06 PG

♥ Isnin, Mac 02, 2009


Satu lagi tradisi kaum India yang telah dipelajari oleh murid-murid adalah perayaan Pongal. Murid-murid telah mengetahui bila perayaan Pongal diadakan dan lambangnya dalam masyarakat India. Murid-murid juga telah mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kaum India semasa perayaan ini.


SeRoNoK@2M1!

dikemaskini oleh cikgu aisah pada 5:49 PTG

♥ Ahad, Mac 01, 2009




Salah satu tradisi kaum Melayu yang dipelajari oleh murid-murid pula adalah kuih makmur. Murid-murid telah diajar bagaimana kuih makmur dibuat dan berpeluang untuk mencuba menyepit kuih makmur supaya menjadi bentuk daun.
Murid-murid juga tidak kelepasan merasa kuih makmur yang telah ditempah khas untuk mereka!


SeRoNoK@2M1!

dikemaskini oleh cikgu aisah pada 7:04 PG

♥ Khamis, Februari 26, 2009

Salah satu tradisi kaum Cina yang dipelajari oleh murid-murid ialah Teh Cina (Chinese Tea). Di stesen ini, murid-murid telah diperkenalkan kepada teh Cina, jenis-jenis teh, cara-cara membuat dan meminum teh Cina.
Murid-murid juga berpeluang untuk merasa sendiri teh Cina berperisa jasmin!


SeRoNoK@2M1!

dikemaskini oleh cikgu aisah pada 7:25 PG